Friday, May 28, 2010

Esok sabtu

Tunggu ye.. Esok saye sampai. :)

Friday, May 21, 2010

BTN

Cari di mana saya


Abseiling


Start kembara


Rehat kejap masa kembara


Baru saja balik dari kursus btn di kundasang. Best ok! 5 hari tapi stay lagi sehari sebab dah lewat petang bahaya drive jauh. Meet new friends yang dari jabatan lain. In my group ada cikgu, maritim dan nurse. Banyak juga belajar dari mereka ni. Ada yang asal dari rumah yang langsung tiada bekalan elektrik dan air. Betapa bersyukurnya diri ni bila dengar ada org yang jauh lebih susah tapi akhirnya dapat berada di keadaan yang sekarang. Pergi drive seorang sebab memang takde orang lain dari semporna yang dapat kursus btn. Balik ada kakak dari tawau tumpang sampai checkpoint semporna - tawau. Sempat lagi singgah kedai buku 'sabah bookstore' kat lahad datu. Semua gambar diambil guna hp dan kamera groupmate.

Ada kejadian yang tak disangka, penghulu melambai dan tiba-tiba menangis masa last day btn. Masalahnya dia tak menangis masa lambai kat peserta lain. Tu la siapa suruh masa nak ke kelas menyakat orang naik tangga kan dah sedih nak berpisah.

Group 7, the wanted group, memang best! I already miss all of you while typing this.




As always..

Wednesday, May 19, 2010

Award Friendship Mate



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
Happy happy dapat award :)

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI

http://zaimunyahyah.blogspot.com~ Zaimun.. kawan masa sekolah rendah. Thanx mun! :)


3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

i. Da - Husband, parents and siblings, relatives, close friends.
ii. Dida - Most people call me.
iii. sayang - cinta hati saya.
iv. Maksu dida - ni anak-anak buah husband.
v. Didi - Zaman kerja cc dulu.

4. THING YOU HAVE DONE YESTERDAY:-

- Bagun pagi kesejukan di kundasang.
- Singgah tempat sayur
- Drive balik semporna
- Sampai semporna mandi
- Kemas barang sikit-sikit
- Keluar dating dgn si kembar
- Balik tidur

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...

1. To be always with dear hubster
2. Balik kampung!
3. Honeymoon hehe.
4. Travelling.
5. Sharing stories with friends.


6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?

Bersyukur, settlekan rumah, travelling and make a surprise to him.


KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:

Sesiapa saja yang baca blog ni, sila tag diri anda :)

Wednesday, May 12, 2010

Anniversary


Happy five months wedding anniversary, suami dan cinta yang paling indah. :)


As always..

Thursday, May 06, 2010

Snorkel

The day i turned twenty-seven. Kali pertama bersama dengannya pada hari jadi. Memang sebelum ini tidak pernah ada kesempatan untuk menyambut bersama. Berada dengan dia sudah cukup menggembirakan pada tahun yang ke dua puluh tujuh ini. Alhamdulillah.

29 April itu, pergi mengambil suami di airport tawau dan kemudiannya terus pulang ke semporna. Jumaat dan Isnin dah siap-siap apply cuti. Awal pagi Jumaat bergerak ke Mabul. I've been promising myself not to go there until i tied the knot with him, thus bring him along to Mabul. Alhamdulillah hasrat tercapai. Kami stay di Mabul sehari, snorkeling di Mabul dan Kapalai. Coral di sana sangatlah amazing dan kami juga jumpa penyu di Mabul. Punyalah snorkel sampai tak sedar dah jauh dari bot. Esok hari sepatutnya balik petang tapi kami excited nak balik pagi. Nasib ada bot dan kebetulan kami berdua saja yang balik. Bertolak ke Kota Kinabalu malam itu juga. Sangat la excited membawa suami sebab dah lama berhasrat untuk jalan-jalan di KK dengannya. Kami ke Manukan dan Pulau Sapi. Malam tu lepak dengan kak Fiqah dan esoknya hantar suami ke KKIA. Round bandar KK dulu lepas tu pulang Semporna bersama kak Fiqah.

Gambar-gambar di Mabul. Gambar lain belum lagi dapat dari husband.






Kami sudah ada hobi baru.


As always..

Thursday, April 29, 2010

Hari ini


Dua puluh tujuh

Saturday, April 17, 2010

Minggu-minggu biasa

Seriously, there’s nothing much happen lately. Pergi sekolah dan balik. Kelas tambahan hari Sabtu. Jumaat lepas sambutan Maulidur Rasul. Tak sangka budak-budak kelas menang nasyid tahun ni. Vokal terbaik lagi. Padahal cikgunya siap suruh budak joget lagi sambil nyanyi lagu nasyid tapi diabaikan oleh budak-budak kerana menganggap cikgu main-main. Masalahnya cikgunya SERIOUS! Dan hari ini GERKO untuk unit beruniform, permainan dan kelab sekaligus. Jumaat minggu depan pula ada pertandingan bercerita, membaca, sajak dan puisi. Siap guru-guru dipilih jadi mentor macam ala-ala rancangan Mentor kat tv tu. Tapi selagi tak siap online NKRA dan ICT tu, selagi itu la tak boleh nak tumpu pada budak pertandingan. Anyway, apa-apa pon akan selesai selewat-lewatnya Rabu depan.

Since there’s nothing much happen lately, kita tunggu dua minggu lagi.

Minggu yang mau enjoy!


As always..

Sunday, March 28, 2010

get set, ready and go!

Tertangguh-tangguh nak update tentang trip beberapa minggu lepas. Mana taknya, berkobar-kobar nak update tiba-tiba tak dapat nak save pon apa yang ditaip. Jadi, hilang begitu saja apa yang ditaip sebelum ni. Nak upload gambar lagi lah, lembab macam siput. Trip yang get set, ready and go! Terus gerak saja tanpa berfikir panjang. Tetapi mestilah mendapat keizinan husband dahulu. Nanti tak pasal-pasal kena karate (dalam mimpi) :P Hanya mahu menghabiskan masa di tepi pantai kononnya untuk relax relax. Nasib la kawan yang seorang itu tak mandi laut. Kalau bawa husband, gerenti belum apa-apa dah berlari terus terjun. Hehe. Yes. My partner loves the ocean. Dan soalan yang pertama bila dia dapat tau saya sudah sampai di destinasi ialah tak pergi mandi laut ke? Dah agak dah soalan itu. Bertolak jam 8.30 pagi tapi oleh disebabkan first time pergi mengambil kawan di fletnya, maka tersesatlah saya. 2 kali pulak tu. Mula-mula pergi ke flet sekolah lain haha. Pelik jugak menunggu tapi tak jugak nampak batang hidung kawan itu. Rupanya tersalah flet. Kali kedua tersesat sampai ke ladang kelapa sawit (dah la susah nak patah balik jalan ngam-ngam kereta) double haha. Nasib sampai di flet yang sebetulnya tak digelakkan oleh kawan, tetapi telah berdekah-dekah menggelakkan diri sendiri. Siap saja menyusun barang-barang dalam kereta maka bermulalah trip pada pagi khamis yang indah. Trip itu memakan masa selama 3 jam untuk sampai. 3 jam itu lah tak berhenti bersembang dan makan apa yang ada dengan lahapnya. Sampai petronas lahad datu, kami pon memulakan perjalanan ke felda sahabat dengan berpandukan map yang dilukis oleh adik kaunter petronas tu. Memang gamble lah. Dan sekali lagi tersesat sampai ke felda sahabat 45 padahal nak pergi sahabat 16. Berpatah balik nasib tak jauh mana. Sampai di resort terus tumbang. Hehe. Petang baru lah keluar pergi ke pantai dan sempat jugak tengok sunset. And of course at that time, how i wish my husband were there. Aktiviti bersembang, makan dan berjalan di tepi pantai tak lupa juga test kamera baru kawanku itu.


jauhnya tak sampai-sampai


the sand


penemanku, peace ya'll


leka


sunset


nasi lemak










Esoknya cuba untuk ke Lembah Danum. Cuba ok. Jalan dia fuh bergegar-gegar. Asal lori nak lalu je cepat-cepat lah ketepikan kereta. Sampai saja di gate hampa lah kami ini sebab untuk masuk ke sana perlu pas yang diambil di ofis ape namenye entah kat bandar lahad datu. Jadi berpatah balik lah kami. Tiba-tiba kawanku ini kata yang dia tidak puas lagi bercuti. Tersesatlah kami ke Sandakan. Ayat tersesat itu abaikan. Berpusing-pusing di bandar sandakan. Besar juga. Kami stay di resort sepilok yang juga membuatkan kami tersesat-sesat di tengah malam disebabkan tak berapa faham loghat pakcik guard sepilok itu. Kelakar, tersalah masuk satu lorong saja terpaksa berpatah balik hingga ke hujung jalan bertanya pada orang lain. Padahal besarnya signboard resort tu tak jugak nampak. Kalau dah sampai sepilok apa lagi mencari orang utannya lah. Kemudian pergi ke RDC berdekatan Sepilok.


makan makan






















senyum la sangat padahal nak dekat pon takut


rilex je letak tangan atas kepala buaya tu lagi tuuu



Selesai saja berjalan dan snap sini sana, kami pun pulang. Sempat lagi dapat mesej dari husband suruh pulang awal sebab kat berita hangat tentang tsunami di perairan Sabah.


so long, byebye

Kalau taip tajuk 'tersesat' pon ok apa? :)


As always..

Saturday, February 20, 2010

Honeymoon lagi


Pulang ke aloqstaq tercinta untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri hehe. So, it was indeed a very fun time being with him. We planned to go to thailand but tak boleh pergi pula sebab ada bom-bom di sana bak kata suami. So we decided to go to langkawi instead. Island hopping yang sangat lah best. 3 island. Husband being so romantic first time jugak la candle light dinner yang sebelum ni tak pernah terfikir pon. First time pergi island dengan hubby sebelum ni dok tepi pantai jalan-jalan seiringan je. Cewah. Dan baru la tau yang suami boleh berenang.


Balik je dari langkawi husband demam panas. Hari ni baru kebah. And today will be the last day i want to date him. Seronok pulak dating dengan husband boleh buli :P Lepas ni tunggu bulan 3 la pula.

Oh ya! saya sudah tan! Dalam bahasa melayunya, gelap! Haha. Tetapi tetap tersengih seperti di bawah.



As always..

Sunday, January 31, 2010

Jalan-jalan cari jeti

Tengah hari tadi saya dan kak shafieqah pergi meronda-ronda di semporna ni. Mula-mula kami ke pakalangan sambil-sambil melihat orang di sana mandi-manda. First time naik jeti pakalangan. Dulu waktu mula-mula sampai semporna tahun 2008 pergi ke sana dengan umi dan abah angkat hanya lihat dari jauh saja. Masa pergi dengan budak-budak sekolah selepas balik dari TLDM tahun lepas pon hanya duduk di tepi pantai saja.


Kemudian kami ke rumah pakcik Asiman di Kampung Tampi-Tampi Timbayan. Isteri pakcik buat kuih dan jamu kami milo panas. Syok habis sambil bercerita perihal sekolah. Kami ke jeti berdepan dengan rumah anak murid. Tengah syok menikmati pemandangan, tiba-tiba nampak satu bot menghala ke arah kami. Rupa-rupanya anak murid tahun lepas dengan bapanya baru pulang menangkap ikan. Dulu ada jugak terfikir macam mana la keadaan murid yang bapanya seorang nelayan. Bila tiba di sini baru la dapat experience sendiri dan betapa bersyukurnya diri ini dilahirkan serba-serbi mencukupi.

Tengok bot lalu lalang

Rumah Faris

Balik dari Tampi-Tampi Timbayan singgah kat rumah kak felen. Sambil tunggu kak shafieqah mandi, sempat jugak tengok tv. Lepas tu singgah sekolah sekejap kak shafieqah tertinggal sejadah di surau. Kemudian kak shafieqah hantar saya balik rumah dan dia terus pulang. Best jugak. Nanti insyaallah kalau ada kesempatan nak bawa suami pula pergi jalan-jalan sampai rumah pakcik Asiman. Pakcik pon ada kata kalau boring datangla jalan ke rumah dia. Boleh pergi jeti lagi.


Ini saja untuk hari ini. :)


As always..

Saturday, January 23, 2010

Aktiviti-aktiviti

Tahun ni jadi blur nak mengajar budak-budak ni. Kalau tak percaya tanya encik suami, tiap-tiap hari tanya dia nak ajar apa esok hari. Nasib baik dapat suami yang suka mendengar isterinya ni membebel-bebel pasal budak. Tapi kalau bagi mengajar seni and muzik laju ja. Mungkin sebab tahun lepas berhabis mengajar tapi akhirnya? Jadi tahun ini kena mulakan strategi baru. Baru tak baru sangat lah. Tapi asal ada strategi, duit pon sama la kena strategik! Ya now i know how my mom felt.

Minggu depan akan mula menolong cikgu di sekolah melatih budak bola baling. Padahal dari minggu lepas lagi patutnya tapi hanya berjaya menolong hari jumaat lepas. Kelas tambahan pon hari selasa dan khamis. Sabtu depan pulak ada rimup and might as well ada sukan rakyat. Dengar cerita ada permainan bowling kelapa. Riuh la nanti. :)

Ok la nak siap-siap dating dengan Angela Fieqa. bye-bye!


As always..

Monday, January 04, 2010

Twenty ten


Kami sudah pulang dari medan. Trip pertama kami and hopefully more to come. :) Setiap hari di sana excited nak naik beca motor. Kalau boleh nak bawak terus. Kami sebenarnya gamble saja pergi ke sana. Masing-masing buat passport di negeri masing-masing selang sehari. Ke sana hanya untuk honeymoon sebab cuti sekolah pun tinggal berapa hari saja selepas kenduri di aloqstaq. Yang paling penting dapat menghabiskan masa bersama-sama pusing medan sebelum pulang ke semporna. Suami sangat cekap dengan jalan, baru berapa hari dah tau jalan hanya berpandukan map yang dia koyak dari yellow pages. Ha kantoi. :P Ikutkan hati nak upload gamba tapi line sangatla slow. Satu gamba di atas saja yg dapat upload. Tunggulah ye akan diupload bila line ok sikit.

Oh ya happy twenty ten! Two thousand nine sudah berlalu dengan banyak kenangan and yang paling tak dapat dilupakan in two thousand nine kami disatukan. Misi two thousand nine accomplished! Alhamdulillah. Thank you Allah for this blessing. And i hope all of you had a blast in two thousand nine too. :)


As always..

Tuesday, December 29, 2009

Backpacking

Kami akan berangkat petang ini. Ke mana? Honeymoon! Akan pulang pada hari Jumaat dan Ahad pula saya akan pulang ke Semporna. So, hopefully we'll be save landing here and there.

See you soon. Byebye!


Monday, December 28, 2009

Reception at aloqstaq


26.DEC.09
Another mission, done!

:)


Thursday, December 24, 2009

Birthday


Selamat hari jadi suami :)

Tuesday, December 15, 2009

Syukur


Tuhan,
ku panjatkan kesyukuran kepadaMu kerana telah diberikan dia.
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Memahami
lagi Maha Pengasih..


As always..

Monday, December 14, 2009

Teaser 12.DEC.09


Ops jgak!

Friday, December 11, 2009

The way I am

I've been humming this song all day. Specially dedicated to him, and this is exactly what i felt. :)

'The way I am'

If you were falling, then I would catch you
You need a light, I'd find a match

Cuz I love the way you say good morning
And you take me the way I am

If you are chilly, here take my sweater
Your head is aching; I'll make it better

Cuz I love the way you call me baby
And you take me the way I am

I'd buy you Rogaine when you start losing all your hair
Sew on patches to all you tear

Cuz I love you more than I could ever promise
And you take me the way I am
You take me the way I am
You take me the way I am


Love, as always..

Thursday, November 12, 2009

Dearest friends..

To all who read this blog, we would like to invite you to our wedding as shown in the card below.




And to those who live nearby aloqstaq..


with love, from both of us.


As always..