Sunday, January 31, 2010

Jalan-jalan cari jeti

Tengah hari tadi saya dan kak shafieqah pergi meronda-ronda di semporna ni. Mula-mula kami ke pakalangan sambil-sambil melihat orang di sana mandi-manda. First time naik jeti pakalangan. Dulu waktu mula-mula sampai semporna tahun 2008 pergi ke sana dengan umi dan abah angkat hanya lihat dari jauh saja. Masa pergi dengan budak-budak sekolah selepas balik dari TLDM tahun lepas pon hanya duduk di tepi pantai saja.


Kemudian kami ke rumah pakcik Asiman di Kampung Tampi-Tampi Timbayan. Isteri pakcik buat kuih dan jamu kami milo panas. Syok habis sambil bercerita perihal sekolah. Kami ke jeti berdepan dengan rumah anak murid. Tengah syok menikmati pemandangan, tiba-tiba nampak satu bot menghala ke arah kami. Rupa-rupanya anak murid tahun lepas dengan bapanya baru pulang menangkap ikan. Dulu ada jugak terfikir macam mana la keadaan murid yang bapanya seorang nelayan. Bila tiba di sini baru la dapat experience sendiri dan betapa bersyukurnya diri ini dilahirkan serba-serbi mencukupi.

Tengok bot lalu lalang

Rumah Faris

Balik dari Tampi-Tampi Timbayan singgah kat rumah kak felen. Sambil tunggu kak shafieqah mandi, sempat jugak tengok tv. Lepas tu singgah sekolah sekejap kak shafieqah tertinggal sejadah di surau. Kemudian kak shafieqah hantar saya balik rumah dan dia terus pulang. Best jugak. Nanti insyaallah kalau ada kesempatan nak bawa suami pula pergi jalan-jalan sampai rumah pakcik Asiman. Pakcik pon ada kata kalau boring datangla jalan ke rumah dia. Boleh pergi jeti lagi.


Ini saja untuk hari ini. :)


As always..

Saturday, January 23, 2010

Aktiviti-aktiviti

Tahun ni jadi blur nak mengajar budak-budak ni. Kalau tak percaya tanya encik suami, tiap-tiap hari tanya dia nak ajar apa esok hari. Nasib baik dapat suami yang suka mendengar isterinya ni membebel-bebel pasal budak. Tapi kalau bagi mengajar seni and muzik laju ja. Mungkin sebab tahun lepas berhabis mengajar tapi akhirnya? Jadi tahun ini kena mulakan strategi baru. Baru tak baru sangat lah. Tapi asal ada strategi, duit pon sama la kena strategik! Ya now i know how my mom felt.

Minggu depan akan mula menolong cikgu di sekolah melatih budak bola baling. Padahal dari minggu lepas lagi patutnya tapi hanya berjaya menolong hari jumaat lepas. Kelas tambahan pon hari selasa dan khamis. Sabtu depan pulak ada rimup and might as well ada sukan rakyat. Dengar cerita ada permainan bowling kelapa. Riuh la nanti. :)

Ok la nak siap-siap dating dengan Angela Fieqa. bye-bye!


As always..

Monday, January 04, 2010

Twenty ten


Kami sudah pulang dari medan. Trip pertama kami and hopefully more to come. :) Setiap hari di sana excited nak naik beca motor. Kalau boleh nak bawak terus. Kami sebenarnya gamble saja pergi ke sana. Masing-masing buat passport di negeri masing-masing selang sehari. Ke sana hanya untuk honeymoon sebab cuti sekolah pun tinggal berapa hari saja selepas kenduri di aloqstaq. Yang paling penting dapat menghabiskan masa bersama-sama pusing medan sebelum pulang ke semporna. Suami sangat cekap dengan jalan, baru berapa hari dah tau jalan hanya berpandukan map yang dia koyak dari yellow pages. Ha kantoi. :P Ikutkan hati nak upload gamba tapi line sangatla slow. Satu gamba di atas saja yg dapat upload. Tunggulah ye akan diupload bila line ok sikit.

Oh ya happy twenty ten! Two thousand nine sudah berlalu dengan banyak kenangan and yang paling tak dapat dilupakan in two thousand nine kami disatukan. Misi two thousand nine accomplished! Alhamdulillah. Thank you Allah for this blessing. And i hope all of you had a blast in two thousand nine too. :)


As always..