Tertangguh-tangguh nak update tentang trip beberapa minggu lepas. Mana taknya, berkobar-kobar nak update tiba-tiba tak dapat nak save pon apa yang ditaip. Jadi, hilang begitu saja apa yang ditaip sebelum ni. Nak upload gambar lagi lah, lembab macam siput. Trip yang get set, ready and go! Terus gerak saja tanpa berfikir panjang. Tetapi mestilah mendapat keizinan husband dahulu. Nanti tak pasal-pasal kena karate (dalam mimpi) :P Hanya mahu menghabiskan masa di tepi pantai kononnya untuk relax relax. Nasib la kawan yang seorang itu tak mandi laut. Kalau bawa husband, gerenti belum apa-apa dah berlari terus terjun. Hehe. Yes. My partner loves the ocean. Dan soalan yang pertama bila dia dapat tau saya sudah sampai di destinasi ialah tak pergi mandi laut ke? Dah agak dah soalan itu. Bertolak jam 8.30 pagi tapi oleh disebabkan first time pergi mengambil kawan di fletnya, maka tersesatlah saya. 2 kali pulak tu. Mula-mula pergi ke flet sekolah lain haha. Pelik jugak menunggu tapi tak jugak nampak batang hidung kawan itu. Rupanya tersalah flet. Kali kedua tersesat sampai ke ladang kelapa sawit (dah la susah nak patah balik jalan ngam-ngam kereta) double haha. Nasib sampai di flet yang sebetulnya tak digelakkan oleh kawan, tetapi telah berdekah-dekah menggelakkan diri sendiri. Siap saja menyusun barang-barang dalam kereta maka bermulalah trip pada pagi khamis yang indah. Trip itu memakan masa selama 3 jam untuk sampai. 3 jam itu lah tak berhenti bersembang dan makan apa yang ada dengan lahapnya. Sampai petronas lahad datu, kami pon memulakan perjalanan ke felda sahabat dengan berpandukan map yang dilukis oleh adik kaunter petronas tu. Memang gamble lah. Dan sekali lagi tersesat sampai ke felda sahabat 45 padahal nak pergi sahabat 16. Berpatah balik nasib tak jauh mana. Sampai di resort terus tumbang. Hehe. Petang baru lah keluar pergi ke pantai dan sempat jugak tengok sunset. And of course at that time, how i wish my husband were there. Aktiviti bersembang, makan dan berjalan di tepi pantai tak lupa juga test kamera baru kawanku itu.

Esoknya cuba untuk ke Lembah Danum. Cuba ok. Jalan dia fuh bergegar-gegar. Asal lori nak lalu je cepat-cepat lah ketepikan kereta. Sampai saja di gate hampa lah kami ini sebab untuk masuk ke sana perlu pas yang diambil di ofis ape namenye entah kat bandar lahad datu. Jadi berpatah balik lah kami. Tiba-tiba kawanku ini kata yang dia tidak puas lagi bercuti. Tersesatlah kami ke Sandakan. Ayat tersesat itu abaikan. Berpusing-pusing di bandar sandakan. Besar juga. Kami stay di resort sepilok yang juga membuatkan kami tersesat-sesat di tengah malam disebabkan tak berapa faham loghat pakcik guard sepilok itu. Kelakar, tersalah masuk satu lorong saja terpaksa berpatah balik hingga ke hujung jalan bertanya pada orang lain. Padahal besarnya signboard resort tu tak jugak nampak. Kalau dah sampai sepilok apa lagi mencari orang utannya lah. Kemudian pergi ke RDC berdekatan Sepilok.









Selesai saja berjalan dan snap sini sana, kami pun pulang. Sempat lagi dapat mesej dari husband suruh pulang awal sebab kat berita hangat tentang tsunami di perairan Sabah.
Kalau taip tajuk 'tersesat' pon ok apa? :)
As always..














