Sunday, September 20, 2009

20.09.2009, 1 Syawal

Raya terakhir sebagai bujang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!


As always..

Friday, September 11, 2009

Kejadian lucu

Ada kejadian lucu pagi tadi. Sedang sibuk dengan meminta tandatangan big boss, dengan menolong rakan sekerja mengenalpasti barang-barang ICT yang masih boleh digunakan dan yang rosak, sambil-sambil mencatat nota di buku log, saya juga meminta tolong rakan sekerja yang terlibat dengan ICT yang lagi seorang ini untuk membetulkan lcd projector build in di tahun 6. Punya la susah hendak membuka almari besi penyimpanan laptop dan lcd padahal selama ini tidak mempunyai masalah pon. Lebih dari 5 minit mencuba akhirnya give up dan terdengarlah seorang yang meminta tolong iaitu 'tuan empunya diri.' 'Tolonggggg...', dengan nada yang lemah. Seorang rakan sekerja bertanya, 'Kenapa? Tercepit ka?' Tuan empunya diri yang pada mulanya meminta tolong akhirnya ketawa berdekah-dekah kerana perkataan 'tercepit' itu dan kerana lucunya permintaan 'tolong' yang tidak semena-semena diajukan di bilik guru. Semua yang ada di situ ketawa sakan hari ini. Nasib juga tiada Encik OMO tadi kalau tidak lagi la haru kerana sangat pantang benda-benda lucu ini. Bila rakan sekerja yang bertanya 'tercepit' itu tadi cuba membuka almari besi itu, dengan sekali pusing saja dapat membukanya. Sabar saja la. Nasib minggu depan 2 hari saja lagi bersekolah kalau tidak 'tuan empunya diri' akan dijadikan bahan selama seminggu berturut-turut.

Oh ya.. Encik OMO ini ialah singkatan kepada 'orang makan orang'. Encik ini seorang yang pada masa kecilnya suka makan sabun cap OMO. Sabun ini terdapat di sabah pada suatu ketika dulu. Nama sebenar dirahsiakan ehehe.

Kesimpulannya: 'Jangan meminta tolong dengan nada yang seakan jari tersepit di pintu almari' hahaha..


A bit crazy. As always..