Sunday, January 31, 2010

Jalan-jalan cari jeti

Tengah hari tadi saya dan kak shafieqah pergi meronda-ronda di semporna ni. Mula-mula kami ke pakalangan sambil-sambil melihat orang di sana mandi-manda. First time naik jeti pakalangan. Dulu waktu mula-mula sampai semporna tahun 2008 pergi ke sana dengan umi dan abah angkat hanya lihat dari jauh saja. Masa pergi dengan budak-budak sekolah selepas balik dari TLDM tahun lepas pon hanya duduk di tepi pantai saja.


Kemudian kami ke rumah pakcik Asiman di Kampung Tampi-Tampi Timbayan. Isteri pakcik buat kuih dan jamu kami milo panas. Syok habis sambil bercerita perihal sekolah. Kami ke jeti berdepan dengan rumah anak murid. Tengah syok menikmati pemandangan, tiba-tiba nampak satu bot menghala ke arah kami. Rupa-rupanya anak murid tahun lepas dengan bapanya baru pulang menangkap ikan. Dulu ada jugak terfikir macam mana la keadaan murid yang bapanya seorang nelayan. Bila tiba di sini baru la dapat experience sendiri dan betapa bersyukurnya diri ini dilahirkan serba-serbi mencukupi.

Tengok bot lalu lalang

Rumah Faris

Balik dari Tampi-Tampi Timbayan singgah kat rumah kak felen. Sambil tunggu kak shafieqah mandi, sempat jugak tengok tv. Lepas tu singgah sekolah sekejap kak shafieqah tertinggal sejadah di surau. Kemudian kak shafieqah hantar saya balik rumah dan dia terus pulang. Best jugak. Nanti insyaallah kalau ada kesempatan nak bawa suami pula pergi jalan-jalan sampai rumah pakcik Asiman. Pakcik pon ada kata kalau boring datangla jalan ke rumah dia. Boleh pergi jeti lagi.


Ini saja untuk hari ini. :)


As always..

Saturday, January 23, 2010

Aktiviti-aktiviti

Tahun ni jadi blur nak mengajar budak-budak ni. Kalau tak percaya tanya encik suami, tiap-tiap hari tanya dia nak ajar apa esok hari. Nasib baik dapat suami yang suka mendengar isterinya ni membebel-bebel pasal budak. Tapi kalau bagi mengajar seni and muzik laju ja. Mungkin sebab tahun lepas berhabis mengajar tapi akhirnya? Jadi tahun ini kena mulakan strategi baru. Baru tak baru sangat lah. Tapi asal ada strategi, duit pon sama la kena strategik! Ya now i know how my mom felt.

Minggu depan akan mula menolong cikgu di sekolah melatih budak bola baling. Padahal dari minggu lepas lagi patutnya tapi hanya berjaya menolong hari jumaat lepas. Kelas tambahan pon hari selasa dan khamis. Sabtu depan pulak ada rimup and might as well ada sukan rakyat. Dengar cerita ada permainan bowling kelapa. Riuh la nanti. :)

Ok la nak siap-siap dating dengan Angela Fieqa. bye-bye!


As always..

Monday, January 04, 2010

Twenty ten


Kami sudah pulang dari medan. Trip pertama kami and hopefully more to come. :) Setiap hari di sana excited nak naik beca motor. Kalau boleh nak bawak terus. Kami sebenarnya gamble saja pergi ke sana. Masing-masing buat passport di negeri masing-masing selang sehari. Ke sana hanya untuk honeymoon sebab cuti sekolah pun tinggal berapa hari saja selepas kenduri di aloqstaq. Yang paling penting dapat menghabiskan masa bersama-sama pusing medan sebelum pulang ke semporna. Suami sangat cekap dengan jalan, baru berapa hari dah tau jalan hanya berpandukan map yang dia koyak dari yellow pages. Ha kantoi. :P Ikutkan hati nak upload gamba tapi line sangatla slow. Satu gamba di atas saja yg dapat upload. Tunggulah ye akan diupload bila line ok sikit.

Oh ya happy twenty ten! Two thousand nine sudah berlalu dengan banyak kenangan and yang paling tak dapat dilupakan in two thousand nine kami disatukan. Misi two thousand nine accomplished! Alhamdulillah. Thank you Allah for this blessing. And i hope all of you had a blast in two thousand nine too. :)


As always..

Tuesday, December 29, 2009

Backpacking

Kami akan berangkat petang ini. Ke mana? Honeymoon! Akan pulang pada hari Jumaat dan Ahad pula saya akan pulang ke Semporna. So, hopefully we'll be save landing here and there.

See you soon. Byebye!


Monday, December 28, 2009

Reception at aloqstaq


26.DEC.09
Another mission, done!

:)


Thursday, December 24, 2009

Birthday


Selamat hari jadi suami :)

Tuesday, December 15, 2009

Syukur


Tuhan,
ku panjatkan kesyukuran kepadaMu kerana telah diberikan dia.
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar dan Maha Memahami
lagi Maha Pengasih..


As always..

Monday, December 14, 2009

Teaser 12.DEC.09


Ops jgak!

Friday, December 11, 2009

The way I am

I've been humming this song all day. Specially dedicated to him, and this is exactly what i felt. :)

'The way I am'

If you were falling, then I would catch you
You need a light, I'd find a match

Cuz I love the way you say good morning
And you take me the way I am

If you are chilly, here take my sweater
Your head is aching; I'll make it better

Cuz I love the way you call me baby
And you take me the way I am

I'd buy you Rogaine when you start losing all your hair
Sew on patches to all you tear

Cuz I love you more than I could ever promise
And you take me the way I am
You take me the way I am
You take me the way I am


Love, as always..

Thursday, November 12, 2009

Dearest friends..

To all who read this blog, we would like to invite you to our wedding as shown in the card below.




And to those who live nearby aloqstaq..


with love, from both of us.


As always..

Wednesday, November 11, 2009

The defining moment

picture credits to lily

Friday, October 16, 2009

Hari kedua

Hari kedua kat sini. Tak banyak aktiviti hari ni. Mendengar ceramah dan pengenalan kumpulan saja. Ingatkan ada aktiviti waktu malam, rupanya takde. Start dari pukul 4 petang tadi sampai sekarang dapat rest. Bagus jugak. Kalau tak asyik ulang pegi toilet je sebab batuk dan selsema yg tak kebah. Nak makan ubat takut mengantuk nanti. Tak makan ubat pon dah tersengguk-sengguk masa ceramah. Kalau makan ubat alamat tetidur la. Masa malam boleh la makan ubat. Itu pon tadi tercari-cari mana panadol soluble, yang ada uphamol je ni. Rasanya tak tinggal tapi tak tau lah mana dianya.

Dapat duduk satu bilik dua orang. Roommate dari Kota Kinabalu. Jauhnya datang naik flight awal-awal pagi khamis dah sampai airport tawau. Agaknya non-muslim. Sangat friendly. Dia baru saja bagi saya makan langsat :) Semua ada geng. Kawan maktab, kawan satu tempat kerja. Saya saja yang seorang sebab kawan yang datang sekali tu kursus di hotel sebelah. Ada kakak dari semporna ni jugak yang sama-sama makan, cuma dia kumpulan lain. Khamis aritu konvoi dengan kereta dia la. Husband dia yang hantar. Beruntungnya ade orang hantar. Saya ni sendiri-sendiri saja. Nasib boleh drive jauh. Kadang-kadang rasa pelik ada kat sini. Bila orang lain bersembang dengan loghat sini, kita ni terkebil-kebil sebab rata-rata cakap laju. Tapi rasa best sebab semua sempoi-sempoi, asyik berlawak saje. Lagi satu, yang bestnya, sehari 6 kali makan. Haha.

Okay la. Esok start ceramah pukul 8 pagi. Pukul 7 pagi dah boleh breakfast. Nak tidur nyenyak-nyenyak. Selamat malam :)


As always..

Thursday, October 15, 2009

Kursus

Dah sampai di tawau. Akan berada di sini selama 2 minggu untuk kursus induksi. Terima kasih sangat dekat kak yam yang banyak menolong. Tiada idea. Ini sahaja.


As always..

Sunday, October 04, 2009

Empat oktober dua ribu sembilan



Sudah empat tahun bersama. Lima tahun berkenalan. Rasa sangat bersyukur ditemukan dengan dia. :) It's always fun to have him around.

Cuma, kali ini terasa sayu sebab tak dapat menyambutnya bersama-sama. Anyway, happy 4th anniversary! You definitely know who you are. And thank you for the present. Love it. :)

Much love.


As always..

Sunday, September 20, 2009

20.09.2009, 1 Syawal

Raya terakhir sebagai bujang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!


As always..

Friday, September 11, 2009

Kejadian lucu

Ada kejadian lucu pagi tadi. Sedang sibuk dengan meminta tandatangan big boss, dengan menolong rakan sekerja mengenalpasti barang-barang ICT yang masih boleh digunakan dan yang rosak, sambil-sambil mencatat nota di buku log, saya juga meminta tolong rakan sekerja yang terlibat dengan ICT yang lagi seorang ini untuk membetulkan lcd projector build in di tahun 6. Punya la susah hendak membuka almari besi penyimpanan laptop dan lcd padahal selama ini tidak mempunyai masalah pon. Lebih dari 5 minit mencuba akhirnya give up dan terdengarlah seorang yang meminta tolong iaitu 'tuan empunya diri.' 'Tolonggggg...', dengan nada yang lemah. Seorang rakan sekerja bertanya, 'Kenapa? Tercepit ka?' Tuan empunya diri yang pada mulanya meminta tolong akhirnya ketawa berdekah-dekah kerana perkataan 'tercepit' itu dan kerana lucunya permintaan 'tolong' yang tidak semena-semena diajukan di bilik guru. Semua yang ada di situ ketawa sakan hari ini. Nasib juga tiada Encik OMO tadi kalau tidak lagi la haru kerana sangat pantang benda-benda lucu ini. Bila rakan sekerja yang bertanya 'tercepit' itu tadi cuba membuka almari besi itu, dengan sekali pusing saja dapat membukanya. Sabar saja la. Nasib minggu depan 2 hari saja lagi bersekolah kalau tidak 'tuan empunya diri' akan dijadikan bahan selama seminggu berturut-turut.

Oh ya.. Encik OMO ini ialah singkatan kepada 'orang makan orang'. Encik ini seorang yang pada masa kecilnya suka makan sabun cap OMO. Sabun ini terdapat di sabah pada suatu ketika dulu. Nama sebenar dirahsiakan ehehe.

Kesimpulannya: 'Jangan meminta tolong dengan nada yang seakan jari tersepit di pintu almari' hahaha..


A bit crazy. As always..

Monday, August 24, 2009

Tunangku


@ Zoo Taiping

Garfield

Teringat jam pertama yang dibeli papa masa sekolah rendah dulu. Talinya hitam, berbentuk bulat dan ada seekor garfield comel di dalam kaca bulat itu. Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dapat jam walaupun tidak berapa pandai lagi untuk memberitahu masa. Jam garfield itu masih lagi elok, disimpan bagus-bagus di dalam laci bilik, di Ipoh.

i guess one of the cherish thing in life is memories.

dan hari ini, alhamdulillah, I'm glad that I've made a child smiles.. which perhaps will bring good memory in a few years time.


As always..

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan

Salam Ramadhan buat mama papa dan keluarga di Ipoh, tunang tercinta dan keluarga di Aloqstaq, saudara maraku dan kawan-kawanku di serata Malaysia especially tesl babes. I miss each and everyone of you to bits.

Some more, i totally miss mama's bubur lambuk and kerabu..


As always..

Wednesday, August 12, 2009

:)


4 months!