Ya Allah.. Jadikanlah aku di antara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang di sisi-MU, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan ihsan-Mu, wahai Tujuan orang-orang yang memohon..
Friday, August 20, 2010
Ramadhan 10
Thursday, August 19, 2010
Ramadhan 9
Ya Allah..
Sediakanlah untukku sebagian dari rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang-orang yang rindu..
Wednesday, August 18, 2010
Ramadhan 8
Ya Allah..
Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap..
Tuesday, August 17, 2010
Ramadhan 7
Ya Allah..
Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, dengan Taufiq-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat..
Monday, August 16, 2010
Ramadhan 6
Ya Allah..Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Maha Pengasih..
Sunday, August 15, 2010
Ramadhan 5
Ya Allah..
Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..
Saturday, August 14, 2010
Ramadhan 4
Yaa Allah..
Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai zat Yang Maha Melihat..
Friday, August 13, 2010
Ramadhan 3
Ya Allah..Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan..
Thursday, August 12, 2010
Ramadhan 2
Ya Allah..
Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih..
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan 1
Ya Allah..
Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan sekalian alam. Ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa..
Friday, July 02, 2010
PadaMu ku bersujud
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya AllahEsok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwaAmpuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Tuesday, June 15, 2010
Friday, May 28, 2010
Friday, May 21, 2010
BTN
Baru saja balik dari kursus btn di kundasang. Best ok! 5 hari tapi stay lagi sehari sebab dah lewat petang bahaya drive jauh. Meet new friends yang dari jabatan lain. In my group ada cikgu, maritim dan nurse. Banyak juga belajar dari mereka ni. Ada yang asal dari rumah yang langsung tiada bekalan elektrik dan air. Betapa bersyukurnya diri ni bila dengar ada org yang jauh lebih susah tapi akhirnya dapat berada di keadaan yang sekarang. Pergi drive seorang sebab memang takde orang lain dari semporna yang dapat kursus btn. Balik ada kakak dari tawau tumpang sampai checkpoint semporna - tawau. Sempat lagi singgah kedai buku 'sabah bookstore' kat lahad datu. Semua gambar diambil guna hp dan kamera groupmate.
Ada kejadian yang tak disangka, penghulu melambai dan tiba-tiba menangis masa last day btn. Masalahnya dia tak menangis masa lambai kat peserta lain. Tu la siapa suruh masa nak ke kelas menyakat orang naik tangga kan dah sedih nak berpisah.
Group 7, the wanted group, memang best! I already miss all of you while typing this.

As always..
Wednesday, May 19, 2010
Award Friendship Mate

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY , APA PERASAAN ANDA ?
Happy happy dapat award :)
2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
http://zaimunyahyah.blogspot.com~ Zaimun.. kawan masa sekolah rendah. Thanx mun! :)
3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
i. Da - Husband, parents and siblings, relatives, close friends.
ii. Dida - Most people call me.
iii. sayang - cinta hati saya.
iv. Maksu dida - ni anak-anak buah husband.
v. Didi - Zaman kerja cc dulu.
4. THING YOU HAVE DONE YESTERDAY:-
- Bagun pagi kesejukan di kundasang.
- Singgah tempat sayur
- Drive balik semporna
- Sampai semporna mandi
- Kemas barang sikit-sikit
- Keluar dating dgn si kembar
- Balik tidur
5. FIVE WAYS TO BE HAPPY...
1. To be always with dear hubster
2. Balik kampung!
3. Honeymoon hehe.
4. Travelling.
5. Sharing stories with friends.
6. APA DALAM FIKIRAN ANDA , BILA ANDA MENJADI KAYA ?
Bersyukur, settlekan rumah, travelling and make a surprise to him.
KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG:
Sesiapa saja yang baca blog ni, sila tag diri anda :)
Wednesday, May 12, 2010
Thursday, May 06, 2010
Snorkel
The day i turned twenty-seven. Kali pertama bersama dengannya pada hari jadi. Memang sebelum ini tidak pernah ada kesempatan untuk menyambut bersama. Berada dengan dia sudah cukup menggembirakan pada tahun yang ke dua puluh tujuh ini. Alhamdulillah.29 April itu, pergi mengambil suami di airport tawau dan kemudiannya terus pulang ke semporna. Jumaat dan Isnin dah siap-siap apply cuti. Awal pagi Jumaat bergerak ke Mabul. I've been promising myself not to go there until i tied the knot with him, thus bring him along to Mabul. Alhamdulillah hasrat tercapai. Kami stay di Mabul sehari, snorkeling di Mabul dan Kapalai. Coral di sana sangatlah amazing dan kami juga jumpa penyu di Mabul. Punyalah snorkel sampai tak sedar dah jauh dari bot. Esok hari sepatutnya balik petang tapi kami excited nak balik pagi. Nasib ada bot dan kebetulan kami berdua saja yang balik. Bertolak ke Kota Kinabalu malam itu juga. Sangat la excited membawa suami sebab dah lama berhasrat untuk jalan-jalan di KK dengannya. Kami ke Manukan dan Pulau Sapi. Malam tu lepak dengan kak Fiqah dan esoknya hantar suami ke KKIA. Round bandar KK dulu lepas tu pulang Semporna bersama kak Fiqah.
Gambar-gambar di Mabul. Gambar lain belum lagi dapat dari husband.



Kami sudah ada hobi baru.
As always..
Gambar-gambar di Mabul. Gambar lain belum lagi dapat dari husband.



As always..
Thursday, April 29, 2010
Saturday, April 17, 2010
Minggu-minggu biasa
Seriously, there’s nothing much happen lately. Pergi sekolah dan balik. Kelas tambahan hari Sabtu. Jumaat lepas sambutan Maulidur Rasul. Tak sangka budak-budak kelas menang nasyid tahun ni. Vokal terbaik lagi. Padahal cikgunya siap suruh budak joget lagi sambil nyanyi lagu nasyid tapi diabaikan oleh budak-budak kerana menganggap cikgu main-main. Masalahnya cikgunya SERIOUS! Dan hari ini GERKO untuk unit beruniform, permainan dan kelab sekaligus. Jumaat minggu depan pula ada pertandingan bercerita, membaca, sajak dan puisi. Siap guru-guru dipilih jadi mentor macam ala-ala rancangan Mentor kat tv tu. Tapi selagi tak siap online NKRA dan ICT tu, selagi itu la tak boleh nak tumpu pada budak pertandingan. Anyway, apa-apa pon akan selesai selewat-lewatnya Rabu depan.
Since there’s nothing much happen lately, kita tunggu dua minggu lagi.
Minggu yang mau enjoy!
As always..
Since there’s nothing much happen lately, kita tunggu dua minggu lagi.
Minggu yang mau enjoy!
As always..
Sunday, March 28, 2010
get set, ready and go!
Tertangguh-tangguh nak update tentang trip beberapa minggu lepas. Mana taknya, berkobar-kobar nak update tiba-tiba tak dapat nak save pon apa yang ditaip. Jadi, hilang begitu saja apa yang ditaip sebelum ni. Nak upload gambar lagi lah, lembab macam siput. Trip yang get set, ready and go! Terus gerak saja tanpa berfikir panjang. Tetapi mestilah mendapat keizinan husband dahulu. Nanti tak pasal-pasal kena karate (dalam mimpi) :P Hanya mahu menghabiskan masa di tepi pantai kononnya untuk relax relax. Nasib la kawan yang seorang itu tak mandi laut. Kalau bawa husband, gerenti belum apa-apa dah berlari terus terjun. Hehe. Yes. My partner loves the ocean. Dan soalan yang pertama bila dia dapat tau saya sudah sampai di destinasi ialah tak pergi mandi laut ke? Dah agak dah soalan itu. Bertolak jam 8.30 pagi tapi oleh disebabkan first time pergi mengambil kawan di fletnya, maka tersesatlah saya. 2 kali pulak tu. Mula-mula pergi ke flet sekolah lain haha. Pelik jugak menunggu tapi tak jugak nampak batang hidung kawan itu. Rupanya tersalah flet. Kali kedua tersesat sampai ke ladang kelapa sawit (dah la susah nak patah balik jalan ngam-ngam kereta) double haha. Nasib sampai di flet yang sebetulnya tak digelakkan oleh kawan, tetapi telah berdekah-dekah menggelakkan diri sendiri. Siap saja menyusun barang-barang dalam kereta maka bermulalah trip pada pagi khamis yang indah. Trip itu memakan masa selama 3 jam untuk sampai. 3 jam itu lah tak berhenti bersembang dan makan apa yang ada dengan lahapnya. Sampai petronas lahad datu, kami pon memulakan perjalanan ke felda sahabat dengan berpandukan map yang dilukis oleh adik kaunter petronas tu. Memang gamble lah. Dan sekali lagi tersesat sampai ke felda sahabat 45 padahal nak pergi sahabat 16. Berpatah balik nasib tak jauh mana. Sampai di resort terus tumbang. Hehe. Petang baru lah keluar pergi ke pantai dan sempat jugak tengok sunset. And of course at that time, how i wish my husband were there. Aktiviti bersembang, makan dan berjalan di tepi pantai tak lupa juga test kamera baru kawanku itu.

Esoknya cuba untuk ke Lembah Danum. Cuba ok. Jalan dia fuh bergegar-gegar. Asal lori nak lalu je cepat-cepat lah ketepikan kereta. Sampai saja di gate hampa lah kami ini sebab untuk masuk ke sana perlu pas yang diambil di ofis ape namenye entah kat bandar lahad datu. Jadi berpatah balik lah kami. Tiba-tiba kawanku ini kata yang dia tidak puas lagi bercuti. Tersesatlah kami ke Sandakan. Ayat tersesat itu abaikan. Berpusing-pusing di bandar sandakan. Besar juga. Kami stay di resort sepilok yang juga membuatkan kami tersesat-sesat di tengah malam disebabkan tak berapa faham loghat pakcik guard sepilok itu. Kelakar, tersalah masuk satu lorong saja terpaksa berpatah balik hingga ke hujung jalan bertanya pada orang lain. Padahal besarnya signboard resort tu tak jugak nampak. Kalau dah sampai sepilok apa lagi mencari orang utannya lah. Kemudian pergi ke RDC berdekatan Sepilok.









Selesai saja berjalan dan snap sini sana, kami pun pulang. Sempat lagi dapat mesej dari husband suruh pulang awal sebab kat berita hangat tentang tsunami di perairan Sabah.
Kalau taip tajuk 'tersesat' pon ok apa? :)
As always..




















